Maafkan Aku

Maafkan aku kasih,
Maafkan aku teman,
Kerana ego tinggi, aku paling tadah,
Dari janjiku yang dulu; untuk terus bersamamu.

Bukan niatku untuk mengasing diri,
Tapi keperluan diriku untuk terasing,
Dari dunia, godaan mahupun nafsu,
Selama ini mengaburi mata dan hati.

Maafkan aku juga teman,
Aku dan kau tiadalah seperti dulu; bersama sentiasa,
Kini yang tinggal hanyalah ingatan itu,
Yang memungkinkan diri untuk terus mengingatimu.

Aku harus berjuang, teman,
Aku harus ke hadapan, kasih,
Tidak sanggup lagi dihanyut dengan harapan palsu; cinta dulu,
Aku mahukan kehidupan yang pasti; hubungan yang berkekalan.

Izinkan aku pergi kasih,
Izinkan aku berundur teman, dari kesepian hidupku sendiri.




Related Posts
Share This Article

0 comments

Post a Comment


Recent Comments