UK First ID Card??

hahaha..

nak gelak ketawa aku melihat satu artikel kat yahoo.com bila masa aku nak log in ke dalam akaun yahoo.

Manchester is first to get ID cards.
 
Residents in Manchester will become the first people in Britain to be able to apply for ID cards.

They can now directly apply to attend appointments from November 30 to have their photograph and fingerprints taken for the £30 cards at Manchester's passport office. (kita free je..)

Junior Home Office Minister Meg Hillier said the cards would be particularly useful for students and young people as they would "save the cost and hassle" of getting into clubs and bars.
Anyone over 16 in the city with a UK passport can apply for a card. (kat Malaysia, baby pun ade!)

Ms Hillier told BBC Radio 4's Today programme: "Really for a lot of people it's a day-to-day convenience thing. (tau takpe..)

"For a lot of young people ... they often take their passports to prove their identity in nightclubs and bars and the Passport Service sweeps these up every week. So for a lot of people it'll save the cost and hassle of taking your passport, risking losing it and instead you've got this very convenient little credit-sized card. I've got one and it's very useful."

The ID cards are very hard to copy and are very secure, with biometric information stored on a database, she added. (still die pye card xde cip)



"This is not a database that can be downloaded onto disks," she said. (betul gak..)

"It's going to be held in different places so there'll be fingerprints and your picture on one database and your biographical information (on another), which is I must stress just the same as what's held by the Passport Service anyway ... and they will be linked together by another database."

The database would only be used for "serious crime issues" or identity concerns at a border.

laa.. baru nak ade ke??
hahaha..
Malaysia dah lame dah..
lagipun kita, baby pun ade identity card!
tak payah bazir 30 pounds pun for the first time apply..
=P




*p/s: lagi maju Malaysia!

Adobe Portable Family

Baru-baru ni Adobe Systems Inc. (sebutnye Adobi, bukan Adob..) telah melancarkan products terbaru mereka iaitu Creative Suite 4 (CS4), mengantikan Creative Suite 3. Seperti dalam keluarga CS3, CS4 family ni juga mempunyai rangkaian softwares yang lebih canggih serta banyak functions berbanding siri softwares nya yang lepas.

Dan seperti kebiasaannya, softwares keluaran Adobe ni amatlah mahal tahap gaban. Kalau nak beli yang full version of Adobe Photoshop CS4 saja pun harganya mencecah $699.00. Sanggupkah?

Jadi dah memang aku ni dasar orang yang suka kumpul softwares - walaupun tak pandai guna, memang satu kepastian lah untuk memiliki softwares yang up-to-date ni. nak beli, tak mampu. softwares yang cracked pun susah kalau dari Adobe ni coz diorang punya security amatlah tinggi. Ye la, buat softwares susah2, mestilah nak gain revenue darinya kan? so, protect abis2an la.. tapi manusia punya pasal, direkanya yang portable version. kebiasaannya, portable version ni tak perlu install siftwares tu dalam hard disk komputer anda dan boleh dibawa ke mana2. nak simpan dalam pendrive pun tak pe. memanglah, dah memang namanya portable..

dalam simpanan aku saja ada Adobe CS4 portable version, Photoshop, Illustrator, Flash, Dreamweaver, Fireworks, InDesign, LightRoom and Soundbooth. masing2 ada kegunaannya. walaupun aku sendiri pun kurang pakar dalam mengendalikan softwares ni, yang penting memilikinya.. huhuhu.. jadi, kalau tak share, tak best la kan? 'sharing kan is caring..'

softwares yang aku nak kongsi ni semuanya portable, so tak perlu install dan juga tidak memerlukan nombor siri. tetapi semua software ni takde templates. kalau nak template, download yang trial nya ke then copy paste ke dalam folder yang portable ni. 


Adobe Photoshop CS4 Portable

info lanjut, sini.




Photoshop ni tujuannya, mengedit gambar. banyak sebenarnya yang kita boleh buat guna Photoshop ni. aku sendiri pun tengah belajar sikit2 pasal nak guna sofware ni. 



Adobe Illustrator CS4 Portable


info lanjut, sini.




Illustrator ni biasa nye digunakan untuk buat poster2 ataupun lukisan2. akan tetapi, ia juga boleh digunakan untuk mengedit gambar2 kerana banyak features dalam Photoshop ada dalam Illustrator. kalau nak guna ini saja sudah memadai sebenarnya untuk mengantikan Photoshop.




Adobe Fireworks CS4 Portable

info lanjut, sini.



Fireworks digunakan untuk design website. memang mudah jika dibandiongkan kalau buat web page guna HTML (Hyper Text Markup Language) code. ia juga boleh convert hasil kerja kita ke HTML ataupun CSS (Cascading Style Sheets) then terus digunakan untuk publish kita punya website.






Adobe Dreamweaver CS4 Portable

info lanjut, sini.




Seperti Fireworks, Dreamweaver ni juga untuk design web page tapi software ni banyak menggunakan HTML code dan CSS code, jadi untuk yang tak biasa dengan HTML dan CSS, aku sarankan guna Fireworks.



Adobe Flash CS4 Portable


info lanjut, sini.




Nama pun Flash, fungsinya adalah untuk buat flash la. sesuai untuk buat animation ataupun video flash.





Adobe InDesign CS4 Portable


info lanjut, sini.




InDesign boleh digunakan untuk buat printing layout. aku pun kurang pasti kegunaannya kerana baru saja digunapakai. boleh juga nak buat interactive PDF documents.




Adobe Soundbooth CS4 Portable

info lanjut, sini.



Soundbooth ni untuk edit ataupun cipta audio. kita bleh customize music ataupun cipta sound effects.




Adobe Photoshop Lightroom 2 Portable

info lanjut, sini.




Lightroom adalah photo management software. kita boleh process dan edit gambar guna software ni.







*p/s: still belajar tuk guna softwares ni..  

Wang Kertas

Pada zaman dulu kala, zaman atuk, nenek, moyang, atuk kepada moyang, moyang kepada moyang dan moyang lagi, kalau nak jual beli, guna sistem barter.. senang je. tak yah nak bawak duit byak2. kes rompakan dan jenayah ragut pun kurang. ye la, kalau katakan Pak Abu tu bawak lembu sekor nak gi trade gan Pak Ali tuk kerbau, takkan perompak nak gi rompak lembu kot? jatuh la beb standard seorang perompak jika beliau merompak lembu. lain la barang kemas ke, kereta mewah ke, mintak wang tebusan ke..

tapi ada slack jugak sistem barter ni. ye la, kalau aku nak tukarkan kereta BMW 3 Series dengan si Mamat, ntah2 si Mamat ni bagi kat aku kereta Ferrari, tapi dari Esso nya, ala yang model mainan tu. mana aci! tu la.. pastu plak manusia pun terfikir la.. apa kata kalau kita buat satu medium pengantaraan tuk jual beli kita?



kemudian terciptalah wang kertas pertama di dunia yang dinamakan Jiaozi pada zaman Dinasti Song, China... senang bukan? ambik sehelai kertas, then tulis, 'wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai'. pastu letak la corak-corak sket. hias gan bunga-bunga, gambar-gambar orang.. baru cantik! siap.



tapi sebelum tu diorang cipta duit syiling dulu. mcam2 diorang buat sebagai duit. siput gerus la, batu la.. kalau ikut sejarah, Yap Island guna batu besar gedabak sebagai coins. apa taknya, satu-satu hampir 12 kaki tinggi! MasyaALLAH.. kalau nak gi beli barang kan,
"berapa?"
"35 Rai bang."
"ok, ko gi ambik duit aku. kat blakang rumah aku nu.. berat nak bawak rr..''

apa taknya, tengok duit ni. ntah berapa Rai pun ak tak tahu ni..


Yapese coin yang dijumpai di Kampung Gachpar, Pulau Yap.


Selepas tu, berkembang-kembang la pengeluran wang kertas ni. da tengok Empayar China maju gan wang kertas, masing-masing pun berlumba-lumba berkejaran la gan pengeluran wang kertas. masing2 nak tunjuk terer dan lagi maju dari yang lain. kehidupan pun senang. tak yah nak bwak duit besar gedabak tu lagi kalau nak gi shopping kat Mid Valley ke, Times Square ke.. kalau gi Iceland, Primark, SportsDirect pun senang..!

tapi wang kertas ni pelik jugak ye? mula2 kuar, kecik2 je nilai die.. tapi lama kelamaan da besar plak. ikut contoh, Zimbabwe, duit kertas dia pada 2007 ni,



tup2 akhir2 tahun 2008, jadi ni,



besar tu.. seratus trillion dollar dalam satu kertas! tak pernah ak tengok sebelum ni.. kalau lah ak da duit sebnayak ni dalam RM, takpun dalam GBP ke. huh, kaya gue! ni sume sebab hyperinflation ni. kalau da duit berlambak-lambak in circulation dan nilai pun takde, ni la jadinya, wat wallpaper pun boleh! hahaha..



wallpaper of Deutsche banknotes!

hyperinflation ni bahaya, tu kat Zimbabwe, kalu kat Hungary, sampai tak muat nak tulis sifar, diorang tulis gan perkataan jer..


10^21 Pengo

dulu, nenek moyang kita kalau da dapat $10 ni, kira kaya raya la ni. harta sakan! makan sebulan pun tak abis. atuk ak cakap, nak beli tanah pun 2,3 ratus je.. mak aih... murahnya..



tapi kita skang ni, RM10, beli makanan pun terlekat kat celah2 gigi. tak sempat nak telan nye. sikit sangat. cokelat pun da belas2 ringgit da skang ni.. huh..

kalau kite tengok Swiss nye wang kertas, mula2 kuar, hampeh. takde pe2 pun.. kira da maju da ni. tahun 1907 dah boleh keluarkan duit sendiri.

 

pastu tahun 1938, lawa sikit,



1984, dah maju sikit, ,lukisan pun artistic.



then 1995, antara wang kertas yang paling highly security dikeluarkan di dunia ini.




kemudian, nak keluarkan lagi isu baru pulak. so, diadakanlah pertandingan reka cipta duit kertas. masing2 kuarkan idea yang bernas2. ada cam ni la,



macam ni pun ade,



cantik, memanglah cantik.. tapi nampak cam futuristik gile. dah tak nampak cam duit yang sah diperlakukan dengan nilai dah, cam duit Saidina pun ade! nak guna pakai pun was-was.

lastly, diorang pun pilih la mamat ni nye rekaan, okay la sikit..




cantik dan memang bercirikan negara yang moden. tak macam United Kingdom nye wang kertas. buruk! dah la kaler tak menawan..



lagi cantik Malaysia nye wang kertas! inilah kenyataan, wang kertas pun da boleh berevolusi. semua ni untuk mengelakkan counterfeiting. macam mana la wang kertas 50,60 tahun lagi. ntah2 gambar dalam wang tu bergerak-gerak cam dalam citer Harry Potter. mungkin jadi.,.

kalau ikut kepercayan Buddhist, lepas mati, 'go to Hell'. sebab tu lah diorang ada Hell Banknotes. kaya la di alam sana nanti kalau ada 500000000 ni.. makan seumur idup pn x abis2!



ada orang yang takde keje, Kingdom of Time pun diwujudkan dan dikeluarkan wang kertas dalam nilai 1 Saat, 1 Minit, 1 Jam dan 1 Hari. baru-baru ni, keluarkan syiling 1 Seumur Hidup (Lifetime) - siap gambar Micheal Jackson lg tu.. nak memperingati dia la tu.
1 Saat


1 Minit


1 Jam


1 Hari/Malam


1 Lifetime

macam-macam la diorang ni.. sekarang ni, Antartica pun ada wang kertas sendiri! sah diperlakukan dengan nilai.. tapi di Antartica je la. kalu nak tukar kat matawang asing, sure nya diorang tak ambik! huhuhu..



ntah2 nanti, ada wang kertas tuk planet2 plak. 1 Pluto la, 5 Musytari la, 20 Marikh la.. mana la tahu kan?






*p/s: belajar beli duit asing dari eBay..





Jangan Sombong gan Ilmu

dari syok.org..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan, menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya diam.




Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.





*p/s: orang berilmu yang sombong ni cam orang bodoh yang yang bongkak..

Mitosis

kalau terlihat perkataan Mitosis je, tentu teringat kelas2 Biology yang kita lalui sejak dari tingkatan empat lagi - bagi yang ambik Bio la. mitosis.. mitosis.. bukan senang beb nak hafal sume benda yang berlaku dalam mitosis nye proses tu. kalu anda jenis orang yang cepat benar ingat dan dapat hafal tentang proses ni, senang la. kalu cam aku ni, agak memerlukan masa sedikit tuk hafal kesemuanya. susah la beb.. dulu kan, bukan main kena lukis besar2 setiap cell dan organelles yang ada during mitosis nye process. mitosis okay la lagi. kalu masuk bab mieosis? lagi la pening.. ada stage 1, pastu stage 2 plak.. haih..

tadi baru aku belajar pasal mitosis.. sekali lagi. haih.. kat university pun belajar benda yang sama. kalau pas ni tak ingat2, tak tau la camne.. dulu aku ingat, prophase memang abis camtu je. tapi tadi plak aku belajar benda baru. dalam prophase tu ade lagi kot phase2 yang kecik2.. poning den! apa taknya, ada 5 sub-phase kot.. Leptotene, Zygotene, Pachytene, Diplotene dan Diakinesis.. huhuhu.. lagi bebanan..

tapi nasib baik kelas tadi fun.. lecturer pun best! sempat lagi dia tunjuk satu video dari YouTube.com. memang kena gan topic hari ni... Mitosis! hahaha.. kreatif tol diorang ni..




ha.. dan2 je aku jumpe satu lagi video. dari Pokemon plak.. dulu zaman kanak2 kan suka benar tengok katun ni.. klakau tol. da la kreatif diorang ni wat.. memang best! so, sape2 yang ade masalah tentang Mitosis, cuba2 lah tengok video ni.. mudah2an cepat ingat dan dpat jawab exam gan sukses! =P







*p/s: kalaulah cikgu aku tunjuk process mitosis gan cara ni..

University Mosque vs Masjid Jamek

artikel ini ditulis penulis berdasarkan kesinambungan dari artikel penulis sebelumnya yang bertajuk Tragedi Masjid Jamek..


penulis sering memikirkan satu soalan setiap kali solat di Majid University. apa beza masjid sini dengan masjid di Malaysia? walaupun kecil dan sempit serta tak lah begitu selesa jika dibandingkan di Malaysia, penulis sanggup katakan University Central Mosque lagi baik dari segi layanan dan keislaman itu sendiri. penulis sendiri pun pada mulanya amatlah tidak dapat menerima hakikat ini dan setelah penulis sendiri mengalami situasi sebegini di sini serta melihat sendiri dengan dua anak mata ni, barulah penulis sedar apakah itu Islam sebenarnya. dan di sini jugalah penulis dapat merasakan manisnya ukhuwah Islamiyyah. mungkin ada antara pembaca yang tidak dpat menerima hakikat kenyataan penulis ni. dan ada antara pembaca yang mungkin menentang kenyataan ini, tapi tidak pula penulis ingin menegakkan apa yang penulis faham kerana itu adalah hak masing2.

setelah pula penulis mengalami sendiri tragedi di Masjid Jamek, Kuala Lumpur tempoh hari, barulah penulis berani membuat kenyataan sebegini. kadang kala terlintas juga di benak fikiran penulis, liberalkah aku? ah, masakan mungkin aku begitu liberal Islamku setelah aku buat pengakuan yang Masjid Jamek tidak seperti Masjid Universiti, Newcastle ini. salahkah? sebelum kita membuat kenyataan dan pengakuan, sudah pastilah ada hujah serta bukti disebaliknya.


 
dalam Majid University, pertama kali penulis masuk untuk solat Jumaat..

tragedi Masjid Jamek yang penulis tulis semasa bulan Ramadhan, ketika penulis berada di Malaysia, pertama kali menikmati nikmat berbuka di Masjid Jamek dan ketika itulah pandangan serta pemikiran utama si penulis terhadap Masjid Jamek telah bertukar rupa, berubah pandang. mungkin amatlah tidak adil penulis menghukum sesuatu kerana satu perkara, tapi itulah si penulis, dirinya dan diri pembaca berbeza ideologi serta pegangan. 



Masjid Jamek, gambar diambil pada Ramadhan.

tidaklah perlu lagi penulis menceritakan kembali tragedi itu. tapi yang penting di sini ialah keinginan penulis berkongsi apa yang penulis fikir baik pada University Mosque ini. biar kecil dan tiada pula dana dari kerajaan, namun ia sudah memadai dengan semangat Islamiyyah serta sumbangan Ukhuwwah umat Islam di sini. cukup sekali membuatkan masjid ini begitu terkenal di sini. bukan setakat kalangan Islam itu sendiri malah cukup terkenal pula dalam masyarakat setempat di sini terutama sekolah2 serta pusat pengajian.

beberapa hari yang lepas, penulis pergi menunaikan solat Zohor di masjid university memandangkan tiada tempat lain yang perlu dituju melainkan satu rumah ibadat ini sahaja. mujur dekat. seperjalanan sahaja. walau Muslim Walfare House berdekatan, ianya dibuka umum hanya untuk solat Jumaat. sampai di muka pintu masjid, terus penulis disambut oleh beberapa orang yang setia menjaga masjid dengan ucapan salam. dan penulis pula menjawabnya kerana jawapan itu wajib berbanding tegurannya. lantas memasuki masjid setelah kasut dibuka dan diletakkan di atas tempat yang hak baginya.



majlis suai kenal Islamic Society of Newcastle

masuk sahaja ke dalam masjid, penulis disambut sekali lagi oleh seorang lelaki, berketurunan Turki gamaknya. 'do you want to pray Zuhr?'. yes sajalah jawapan penulis. lalu dia pun terus menunjukkan tempat untuk sembahyang. penulis hairan. sebelum ini solat di bawah - tempat sebenar yang penulis solat selama ini. terus penulis menjenguk ke bawah. oh, rupa-rupanya ramai anak-anak kecil di bawah. penulis hairan lagi. ada juga beberapa wanita yang terdedah rambutnya serta seorang lelaki yang segak pakaiannya. lagi membuatkan penulis hairan. namun begitu, tidaklah ia menjadi igauan pada diri penulis ketika itu.

selepas solat disempurnakan, penulis terus terfikir. ah, gamaknya anak kecil itu dari sekolah yang berdekatan. wanita dan lelaki itu pula guru mereka mungkin jadi. penulis pun terus menghampiri mereka. melihat gelagat mereka di rumah ALLAH ini. ada pula beberapa orang yang setia menjaga masjid ini melayan mereka dengan baik kerana itulah yang dituntut Islam. dan bukannya bermusuhan dengan orang bukan Islam melainkan agama, diri, keluarga, tanah air tergugat. indah sungguh suasana itu. kita memberi layanan yang baik kepada mereka terutama anak-anak kecil itu, lantas tiba-tiba penulis terlintas dalam hati, Ya ALLAH, Kau berikanlah taufik hidayah MU kepada mereka ini... Kau bukalah hati mereka kepada agama-Mu..

mudah-mudahan mereka menerima cahaya Iman dan Islam suatu hari nanti. penulis difahamkan, Masjid University sering mendapat lawatan dari sekolah-sekolah berdekatan dan ada pula jemputan dalam Interfaith Talk. Alhamdulillah.. inilah peluang kita berdakwah dan mengubah pandangan orang ramai tentang Islam sebenar-benarnya. aku juga terfikir, salah ke mereka masuk ke dalam masjid untuk belajar apa itu Islam? haramkah mereka menjenguk ke dalam masjid lagipun tiada orang yang beribadah ketika itu. samalah situasi ini seperti yang berlaku kepada perempuan dan lelaki barat yang malang si penulis rasa diri mereka ketika berda di Masjid Jamek pada bulan Ramadhan yang lepas. penulis kira, jika penulis berhadapan dengan situasi sedemikian, amatlah malang diri penulis memasuki tempat ibadah Islam jika dilayani sedemikian dan amatlah bertuah diri penulis jika dilayan seperti layanan di Masjid Universiti ini.



penulis juga sempat mengunjungi Methodist Chapel ketika penulis mengunjung Beamish Living Museum yang terletak di Durham. dan penulis pula membandingkan layanan yang diberi penjaga masjid di Masjid Jamek tempoh hari. bagaikan langit dan bumi. gatekeeper Methodist Chapel itu melayan penulis dengan baik. menceritakan apa yang baik tentang Methodist Christian. dan penulis pula sempat mengikuti majlis nyanyian keagamaan mereka. penulis terfikir lagi, kenapa kita Islam tidak dapat memberikan layanan yang baik kepada orang bukan Islam? bukankah ini dapat menarik mereka ke arah Islam lantas dapat mengubah fikiran mereka tentang Islam secara keseluruhannya?





 Methodist Chapel, Beamish Living Meseum

penulis berharap agar pembaca dapat menerima pesanan dan mesej yang penulis ingin sampikan di sini. biarlah setiap apa yang berlaku kaepda kita menjadi pedoman di masa depan. marilah kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita terhadap Islam. dakwah.






*p/s: kalaulah semua umat Islam dapat ubah pemikiran mereka...

Freemasonry in UK

pada hujung minggu yang lepas penulis sempat berkunjung ke Beamish Living Museum yang terletak di Stanley, county of Durham. Alhamdulillah, semua ditanggung halal dan free oleh Biomedical School of Newcastle University. kalau tak, masakan mungkin penulis sampai di sana. lawatan free, sape tak nak kan? walopun time tu ade rumah terbuka Hari Raya di sekitar Newcastle. difahamkan time tu la rumah terbuka kat rumah Kak Dina and rumah terbuka kat rumah Zaid and Mus. dah la ni first time org baru wat rmh terbuka. penulis pulak tak dapat datang. mintak ampun dan maaf dipinta kerna ketidakdapatan penulis dalam menghadiri majlis terbabit.

ada hikmah disebalik kejadian..

trip Biomedical School yakni school penulis, terdiri semua pelajar antarabangsa yakni international students. tak ramai pun. ada la dalam sebuah bas.. Alhamdulillah dapat jugak penulis berkenal-kenalan beramah mesra gan budak2 tu semua. lain agama, lain bangsa dan lain negara.. motifnya satu, ke Beamish Museum!

apa yang best sangat pasal Beamish Museum ni? yang pasti ianya Living Museum dan bukannya static museum spt tmpt2 lain.. jadi, trip kali ni best gakla.

Beamish Living Museum ni sangat luas. asal museum ni merupakan bandar yang terbiar dan kemudiannya dijadikan museum setelah sekian lama ia terbiar. dikatakan bandar inilah yang menjadi titik tolak kemajuan bandar Newcastle dan Durham.

memang banyak benda yang dilihat dan dilawati. apa yang penting was Measonic Hall! ha.. ni merupakan lodge yang direka daripada bentuk sebenar lodge yang berada di Sunderland. di Sunderland merupakan lodge Freemasonry yang pertama dibina di United Kingdom. apa yang menarik tentang lodge di muzium ni ialah, ia dibina mengikut bentuk asal dan ada sebahagian lodge ini diambil dari lodge asal Sunderland. hah, apakah itu sebenarnya lodge? lodge merupakan tempat berehat ataupun rumah tumpangan orang2 Freemason ni. pada zaman dulu kala yakni sekitar tahun 1860-an, orang2 Freemason ni bina sebuah lodge kat Sunderland sebagai rumah berehat serta tempat tuk bermesyuarat dan membincangkan hal2 movement diorang.






pada zaman tersebut, sebelum pergerakan ni maju jaya seperti sekarang, orang2 Freemason ni tiada sumber kewangan yang kukuh sehinggalah munculnya Queen Victoria dan keluarganya menyokong pergerakan ni. untuk menjadi seorang ahli Freeman, sesi pemilihannya agak ketat. apa yang penting, seseorang itu mestilah seorang lelaki dan bebas dari sebarang ideologi yang lain. namun begitu, pada tahun 1723, Mrs Elizabeth Aldworth telah dengan secara tidak sengaja diambil sebagai ahli pergerakan. sebab itulah selepas perlantikan Mrs Aldworth, syarat pengambilan ahli Freeman diperketatkan dan dilakukan secara rahsia mengikut adat istiadat Freeman.




Mrs Elizabeth Aldworth

seseorang itu juga mestilah percaya kepada Supreme Being yakni god ataupun tuhan. setiap Freeman itu haruslah percaya kepada satu kuasa yang Agung dan tidak dikecilkan skop terhadap Christianity, malah Islam ataupun Jewish boleh menjadi ahlinya. itulah yang difahamkan penulis. simbol 'G' di dalam Freemason Temple kat Masonic Hall ni melambangkan Tuhan. disekeliling G terdapat ular yang menggigit ekornya, melambangkan satu kitaran hidup yang tak bermula dan tak berakhir. bintang2 di bumbung hall ini juga merupakan simbolik kepada Tuhan yang merupakan arkitek alam semesta. difahamkan, susunan bintang2 di bumbung temple terbabit adalah mengikut sususan bintang yang sebenar pada malam perjanjian Freemason di Sunderland. penulis pun tidak berapa pasti kebenarannya. Masonic Hall ini juga merupakan design sperti Solomon Temple yang berada di Jerusalem satu masa dahulu, katanya.



simbol 'G' di bumbung dewan



selain itu, seseorang itu mestilah berumur sekurang-kurangnya 18-25 tahun mengikut kawasan masing2. mereka juga mestilah mempunyai sejarah hidup yang bersih dan terdiri daripada golongan yang baik2 untuk menjadi ahli. hendaklah juga bukan dari kalangan hamba abdi dan orang suruhan ataupun dengan bahasa yang lebih senang, seseorang itu mestilah bebas merdeka.



 meja Supreme Leader



tempat duduk spectator

dalam Temple of Freeman itu, di tengah2 hall terdapat kerusi Supreme Leader of the Lodge. dia bertindak sebagai hakim tertinggi yang memerhati dan mengambil tindakan atas kesalahan ataupun dalam perbincangan pergerakan. di sebelah dia pula, kerusi untuk spectator khususnya dari pentadbiran pusat. manakala di sebelah kiri dewan pula, terdapat dua buah kerusi iaitu untuk secretary dan trasurer. lambang Supreme leader, penulis tidak berapa pasti tetapi untuk spectator, meraka diberi lambang cross yakni X di atas kerusi tersebut. untuk setiausaha dilambangkan pena bulu ayam manakala untuk bendahari dilambangkan anak kunci. dihadapan kerusi Supreme Leader, tyerdapat kerusi si pesalah ataupun ahli2 Freeman yang mempunyai isu untuk dibincangkan di pihak atasan. di sebelah pintu masuk dewan yakni bertentangan dengan kerusi utama Supreme Leader, terdapat meja urusetia untuk mengambil kedatangan ahlinya. macam kelas sekolah la plak.



kerusi secretary dan treasurer

di dinding dewan ini terdapat gambar tokoh2 Freeman dan juga 'penyelamat' Freemasonry ni termasuklah Queen Victoria dan anak cucu cicitnya. mereka banyak menyumbangkan kewangan kepada pergerakan ini untuk hidup.






Queen Victoria

terdapat banyak peringkat dalam Freemasonry ni. setiap peringkat dan level tu, diberi tanda sebagai kelayakan meraka dalam satu2 bidang. dan peringkat paling tinggi diberi kalung serta lencana2 yang berwarna biru. di peringkat veteran inilah mereka dapat mengikuti segala kegiatan Freemason ni. termasuklah bermesyuarat di peringkat pusat dan global. ada satu gambar di Masonic Hall tu, kumpulan yang bermesyuarat dengan Queen Victoria.





apabila seseorang itu sudah diambil menjadi ahli. satu sijil keahlian akan diberi sebagi tanda penyertaan meraka dlam pergerakan.



sijil keahlian..


banyak lagi la history di sebalik Freemasonry movement ni. kalau korang semua hendak mengetahui dengan lanjut tentang sejarah Freemason ni, berkunjunglah ke Beamish Living Museum yang terletak di Durham. takpun, baca je di wikipedia.org.



 

orang2 yang tolong dalam kewangan bagi memperbesarkan lagi pergerakan ni di Durham..







*p/s: masih ragu2.. dia cakap Muslim pun boleh jadi ahli tapi takde sorang pun tokoh Muslim Freemason..

Gempa Bumi

 copy & paste dari Syok.org


SUBHANALLAH!!! Subhanallahh..waktu2 gempa di Indonesia :
di Tasik 15:04 ,
di Padang (gempa pertama) 17:16 ,
di Padang (gempa kedua) 17:58 ,
gempa di Jambi (ke esokkannya dr padang) 08:52...
cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah, Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....

1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4

2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16

3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58

4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. Al-anfal 8:52

Komen ini telah menarik minat saya untuk menyelidiki kembali tentang gempa bumi ini. Setelah saya memeriksa kembali waktu gempa bumi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya mendapati ada dua waktu yang pasti betul, iaitu gempa bumi pertama di Padang, iaitu pada pukul 17.16 dan gempa bumi di Jambi pada pukul 08.52. Adakah ini petanda dari Allah? Atau kebetulan?

17.16
Diambil dari sini!
Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Al-Israa ayat 16. (17:16)






 

 



08.52
Dipetik dari sini!
Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.


(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
Al-Anfaal ayat 52. (8:52)


Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah 3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!

Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim

Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!

Pertama, gempa di timur.
Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini.

Gempa bumi di barat.
Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Itali pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher.









 


Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab

Dipetik dari Kosmo!
RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP



Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53) 




*p/s: MasyaALLAH.. lindungi kami dari kemurkaan-Mu..

Haruan tak Makan Anak...

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.






sesungguhnya Haruan tak pernah makan Anaknya,..



sebaliknya, kita yang makan Haruan masak lemak cili api...







*p/s: try masak piza haruan.. sedap k??

ZuLs Homepage

ZuLs Homepage
Tekan di Sini :=)

PeriBadi Ini

My Photo
ZuLs de RocKeR
en Marang, de la T'Ganu, Malaysia
View my complete profile